GUA MUSANG: Seramai 30 pekebun di Kampung Subong, Gua Musang, Kelantan kerugian lebih RM50,000 apabila dua ekor lembu mati dan lebih 300 pokok pisang serta getah musnah diserang seekor gajah liar.
Gajah jantan itu dikesan berkeliaran di kawasan kebun penduduk sejak dua minggu lalu.
Menurut pekebun ketika ini mereka takut untuk ke kebun kerana gajah jantan itu masih berada di kawasan berhampiran.
Kejadian serangan gajah itu merupakan kali pertama sejak mereka mengusahakan kebun itu sejak 30 tahun lalu.
Menurut seorang pekebun, Zakaria Omar, kehadiran mamalia besar itu dikesan sejak dua minggu lalu.
"Kalau boleh saya bagi pihak orang kampung sini mengharapkan supaya Perhilitan cepat bertindak sebab sudah dua minggu (perkara itu terjadi). Dua atau tiga kawasan gajah itu sudah masuk. Kerugian saya adalah kira-kira 150 pokok pisang. Pokok getah ada juga kira-kira empat hingga lima pohon," keluhnya.
Aspek keselamatan berikutan 'amukan' gajah liar itu menjadi kebimbangan utama penduduk setempat.
"Masalah gajah ni masuk kawasan tanaman yang saya dan orang kampung usahakan semua. Minta pihak berkuasa silalah ambil tindakan kerana orang nak buat kerja rasa takut dengan kehadiran gajah. Tanaman semua orang kampung alami kerugian - termasuk (tanaman) pisang, sawit, getah, malah (ternakan) lembu," kata Nik Kamarul Aziman Nik Zul.
Insiden itu juga, kata seorang pekebun lain, menjejaskan pendapatan mereka yang mencari rezeki daripada hasil tanaman tersebut.
"Kita sekarang ini nak tindakan secepat mungkin, kerana hasil buah tak jadi juga sekarang ni. Sebab setiap hari semakin merebak (masalah) sebab orang kampung banyak usahakan tanaman pisang dan getah. Itulah masalah kita sekarang ini. Nak segeralah (tindakan)," ujar seorang pekebun Mohd Nazri Hamzah.
Laporan kejadian itu telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Muhafandi Muhamad
Sat Apr 03 2021
Antara tanaman penduduk kampung yang musnah akibat kedatangan gajah liar di Kampung Subong, Gua Musang. - Astro AWANI
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Pegawai MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Bertauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Anak gajah enggan lepas penjaga meruntun hati netizen
Seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.
Wanita Orang Asli maut dipijak gajah
Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini pada Ahad.
Tiada sistem pagar elektrik, parit penghalang di kawasan serangan gajah - Perhilitan
Kawasan itu juga tidak mempunyai parit penghalang gajah menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang.
Lebih enam jam pindah gajah di RTP Kesedar Sungai Terah
Perhilitan Kelantan mengambil masa lebih enam jam untuk memindahkan seekor gajah jantan dewasa di Jalan Subong, RPT Kesedar Sungai Terah.
Gajah ragut dua nyawa di Pos Betau, Senderut ditangkap dan dipindahkan
Menangkap dan memindahkan gajah jantan itu dilakukan susulan kejadian serangan haiwan itu terhadap penduduk Orang Asli.
Pengguna Jalan Raya Timur Barat diminta berhati-hati kehadiran gajah
Perhilitan Perak meminta orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli supaya berhati-hati dengan kehadiran gajah di kawasan berkenaan.